Selasa, 5 Mac 2013

Dua pemain dari Nigeria perkemas posisi Kelantan

dickson1
Dickson Nwakaeme dan Obinna Nwaneri dua pemain berasal Nigeria ini telah disahkan oleh Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa akan membantu Kelantan memperkemaskan posisi masing-masing, Ini bermakna Obinna Nwaneri yang diwar-warkan akan hanya beraksi dalam saingan piala AFC sahaja pada april nanti mungkin akan kekal dalam saingan Liga Malaysia manakala Dickson berjaya menewaskan Salim Arache dalam pemilihan ini namun belum pasti akan terpilih dalam saingan Liga Malaysia atau Piala AFC.
Semangat dan prestasi cemerlang yang dipamerkan Obinna Nwaneri telah menarik minat ribuan peminat Kelantan, apabila mereka bermati-matian mempertahankan kedudukan Obinna dalam skuad Liga Malaysia dan Piala AFC meskipun ianya sekadar pertanyaan Tan Sri Annuar Musa di laman Facebooknya.
Kesungguhan Dickson mempamerkan persembahan menarik pada dua siri perlawanan persahabatan lalu berjaya memikat barisan pemilihan dan penyokong Kelantan. Kehadiran dua pemain berasal dari Nigeria iaitu negara yang baru sahaja menjuarai Piala Afrika 2013 ini diharap mampu menyuntik semangat luar biasa pasukan Kelantan.
Dickson dilihat mampu menjadi penggempur dan peledak utama Kelantan manakala Obinna terus utuh di barisan pertahanan bersama Nik Shahrul Azim dan Daudsu.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pasukan kesayangan kita ini, semoga mampu mempertahankan rekod Kelantan menentang Selangor sejak 2 tahun lalu. Sokong biar bijok, bertindok bijok, main bijok, bijok sokmo...GOMO KELATE GOMO...

Tiada ulasan: