Selasa, 5 Mac 2013

Jangan biarkan kubu Kelantan dicerobohi ( NORFARHAN )


norfarhan3 0lion
Menjelang perlawanan pembukaan Kelantan dalam saingan Piala AFC 2013 malam esok, stadium Sultan Muhammad ke IV masih tercatat rekod bersih perlawanan tanpa kalah dalam saingan liga Malaysia dan piala AFC sejak tahun lepas.
Kunjungan Kelab sukan dan rekreasi Maziya dari Maldives tidak harus dipandang mudah dan Kelantan harus menjadikan kekalahan Selangor kepada East Bengal kelab kurang popular dari India sebagai satu pengajaran berguna. Biarpun kelab SR Maziya tiada rekod perlawanan antarabangsa lain berbanding Kelantan, pasukan ini akan memastikan kelab mereka tidak pulang hampa.
Kelibat pemain import baru Leck Kechira, Dimi Petratos dan Dickson sudah pasti akan menarik minat seluruh penyokong Kelantan dan mereka bernasib baik dapat menyaksikan perlawanan ini secara langsung melalui TV9. Terima kasih diucapkan kepada TV9 yang akan menyiarkan perlawanan ini, sekaligus membuktikan TV9 sememangnya antara stesen tv cakna bolasepak selepas febuari lalu menyiarkan siaran langsung perlawanan Piala Afrika 2013.
Kekebalan kubu kuat Kelantan sentiasa menjadi idaman pasukan lawan untuk melebur rekod tanpa kalah Kelantan sepanjang semusim memegang status ini. Kemenangan Kelantan akan mengembalikan kehangatan sorakan bolasepak Kelantan dan penjualan jersi serta barangan The Red Warriors. Jersi TRW AFC yang akan dipamerkan hari ini di Holiday Villa Kota Bharu diharap mampu menarik kembali keghairahan dan semangat penyokong Kelantan untuk membeli jersi selain berharap pihak Warriors mengembalikan reputasi produk mereka.
Tahniah Kelantan kerana sekali lagi mampu bersaing dalam saingan Piala AFC dan diharap mampu ke peringkat yang lebih jauh pada tahun ini. GOMO KELATE GOMO......Sokong bia bijok , napok bijok , betindok bijok , main bijok , bijok sokmo...... Gomo Kelate Gomo
Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah kepada wira-wira negara kita. Hati-hati ketika menaip status dan berbicara dalam isu yang berkaitan Lahad Datu ini. Jaga perasaan semua pihak. Amin

Sumber : THE RED WARRIORS

Tiada ulasan: